Nov 14, 2013

ANIS Disember 2013


KANDUNGAN MENARIK ANIS DISEMBER 2013

Sumbu ANIS 
Fenomena Kahwin: Besarkan Yang Kecil, Kecilkan Yang Besar
Fenomena hari ini menyaksikan trend masyarakat dalam isu perkahwinan semakin berubah malah yang lebih membimbangkan ialah hilang roh dan identiti ke-Islamannya. Sesuatu perkara yang janggal suatu ketika dahulu kini sudah jadi budaya yang diterima masyarakat Islam. SUMBU ANIS kali ini terpanggil untuk mengetengahkan isu ini dan membawa pencerahan agar masyarakat Islam khususnya jelas dan faham apa sebenarnya yang patut diperbesarkan dan apa yang perlu dikecilkan dalam soal perkahwinan.  Dapatkan kupasan  lanjut mengenai isu ini oleh Ustaz Amaludin Mohd Napiah.

Bicara Tokoh 1
Mengapakah pasangan yang ingin berkahwin perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab? Nak tahu jawapannya, ikuti kupasannya dan dapatkan beberapa panduan untuk memastikan rumah tangga yang dibina memenuhi matlamat asal perkahwinan iaitu mendapatkan sakinah, mawaddah dan rahmah yang dititipkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Sabariah Binti Salleh dalam ruangan Bicara Tokoh.

Bicara Tokoh 2
Meletakkan hantaran yang tinggi serta mengadakan majlis perkahwinan dalam skala yang besar seperti sudah menjadi trend bagi masyarakat di negara ini sekarang. Begitu juga dengan penetapan nilai hantaran berdasarkan ketinggian akademi yang dimiliki sehingga membebankan pihak lelaki. Apakah pandangan Islam dalam isu ini? Dapatkan ulasannya dalam Bicara Tokoh oleh Pendaftar Kanan, Nikah, Cerai, Rujuk, Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah, Melaka, Tuan Haji Abdul Halim Tawil yang juga merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah  Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Personaliti ANIS 
Adam & Fiza Idam Jadi Wedding Planner Bersyariat
Berita perkahwinan mereka pada 26 September lalu telah mengejutkan banyak pihak. Malah, tindakan mereka itu berjaya membuka mata banyak pihak bahawa golongan artis seperti mereka juga tidak segan mengadakan majlis pernikahan secara ringkas  dan mengikut syariat. Secara tidak langsung, ia menjadi pencetus kepada rakan-rakan artis lain yang bakal mendirikan rumah tangga. Namun, ada terselit kerisauan dalam diri mereka dengan trend perkahwinan masa kini. Nak tahu apakah itu? Ikuti cerita dan kisah hidup Adam dan Fiza setelah bergelar suami isteri dalam Personaliti ANIS pada muka surat 32.

 Fikah Wanita 
Hukum Kahwin Kontrak
Akhir-akhir ini terdapat banyak kisah mengenai perkahwinan kontrak yang terjadi atas persetujuan kedua-dua pihak sama ada lelaki dan wanita di mana mereka bersetuju untuk berkahwin dalam tempoh tertentu, kemudian masing-masing akan berpisah selepas tempoh yang dijanjikan yang sering dipaparkan dalam drama-drama di kaca TV. Apakah hukum perkahwinan ini? Ketahui jawapannya oleh Ustazah Maznah Daud.

 Sihat Anggun 
Wuduk Menjaga Kesihatan Kita
Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu hingga sampai ke siku, sapulah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu hingga sampai ke buku lali ... . (Al-Maidah 5: 6)
Demikian perintah Allah kepada setiap Muslim, tetapi sejauh manakah kita sebagai seorang Islam mengambil berat akan perintah Allah itu? Hakikatnya, terlalu banyak RAHSIA kesihatan di sebalik WUDUK yang perlu kita ambil peduli. Ketahuinya dalam ruangan Sihat Anggun.  

Manja Sihat 
Apakah Keperluan Rakaman Imej 3D dan 4D?
Pesakit: “Apakah kebaikan rakaman imej 3D dan 4D yang dilakukan untuk melihat rupa bentuk fizikal bayi dalam rahim dan adakah ia selamat?” Nak tahu jawapannya? Bacalah ruangan Manja Sihat oleh Dr. Zubaidi Ahmad

Hai Darling! 
Gagalnya Sebuah Sesi Kaunseling …
“Oleh kerana sayang dan fikirkan anak, saya sanggup bermadu. Namun, suami berat hati kerana kekasihnya itu mengenakan syarat iaitu jika ingin kekalkan perkahwinan, tinggalkannya,” katanya sebelum berusaha mengajak suami bertemu kaunselor bagi mencari penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka. Malangnya, selepas dua sesi kaunseling, suami enggan memberi kerjasama. Mengapakah sesi kaunseling ini tidak berjaya? Ketahui jawapannya yang dikongsikan oleh Pak Utih dalam ruangan Hai Darling!

Tackle Remaja 
Mak, macam mana boleh ada adik?
Ibu bapa mungkin pernah ditanya oleh anak-anak dengan soalan-soalan seperti ini:
     Kahwin itu apa?
     Akil baligh itu apa?
     Mimpi indah itu bagaimana?
Kebanyakan ibu bapa terlalu berahsia dan malu untuk berbicara tentang pendidikan seks dengan anak-anak sehingga mereka mencari dari sumber yang lain. Kesannya mereka mungkin terdedah dengan maklumat yang salah dan negatif. Seterusnya terjeremus dalam jenayah seksual. Dapatkan panduan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak remaja tentang seks dengan cara yang betul, berhikmah dan berkesan yang dikongsikan dalam ruangan Tackle Remaja oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

Imej Muslimah 
Imej Diri Pamer Karisma Pemakai

Akibat tidak menitikberatkan imej diri yang bersesuaian boleh memberi impak negatif tanpa sedar yang memudaratkan kredibiliti dan kompetensi diri seseorang bekerjaya. Apakah kesan-kesan negatif itu dan bagaimana cara untuk mengatasinya, ketahui kupasannya oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image. 

No comments:

Post a Comment