Feb 4, 2013

Bil 173 Jan/2012


KANDUNGAN MENARIK ANIS JANUARI 2012:

1.  Fokus Utama

Jangkauan akal manusia amat terbatas. Apabila dilanda krisis atau masalah dalam rumah tangga, kita mudah hilang punca dan cepat menyalahkan takdir. Kita juga mudah menuding jari dan meletakkan segala kesilapan pada pasangan hidup masing-masing.
Masalah perlu kita tangani dan hadapi dengan sebaik-baiknya, kerana hakikatnya ia baik untuk kita walaupun kita tidak menyukainya.

2.  Tetamu Anis - Zahrah & Julian – Hijrah Membina Iman

Pasangan suami isteri ini meninggalkan segala kesenangan, peluang dan perniagaan untuk memulakan hidup baru. Niatnya hanya satu, memulakan hidup baru untuk mendidik suami mengamalkan Islam sepenuhnya. Namun anehnya bukan di negara sendiri tetapi di negara asing, bumi kelahiran suaminya, Australia. Ikuti kisah perjalanan hidup mereka dalam ANIS Januari 2012.

3.  Transformasi Diri - Rebah Di Litar Taubat

“Sewaktu saya menahan perit dengan wajah berjahit, ayah mengumpul kekuatan untuk menghampiri saya. Saat itu juga saya muntah darah dan ayah sanggup menadah tangan bagi menampung darah yang saya muntahkan. Saya rasa tersentuh. Detik itu, barulah saya tahu betapa besar kasih sayang mereka terhadap saya,” kenang Azharidzuan Abu Bakar penuh hiba. Kemalangan sekitar lima tahun lalu telah membawa titik permulaan ke arah perubahannya. Dia tidak lagi merempit di jalanan, tetapi rempitnya kini hanya untuk mengejar akhirat.

4.  Imej Muslimah - 7 Sebab Mesti Pakai Kain Dalam

Muslimat diberi peringatan tentang ‘cara betul’ jika ingin memakai pakaian daripada jenis kain yang lembut dan nipis (seperti sifon dan sutera) iaitu perlu memakai kain dalam atau lapik dalam penuh (full-lining) pada keseluruhan pakaian. Bukan setakat alasan menutup aurat, tetapi ia adalah untuk melindungi maruah diri seorang wanita. Oleh itu, ketahui tujuh sebab mengapa kain dalam MESTI dipakai oleh seorang wanita dalam ruangan Imej Muslimah oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.

5.  Tanya Doktor - X-ray Ketika Hamil

Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan X-ray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya. Doktor selalunya akan menimbang antara keperluan dan risiko dalam melakukan pemeriksaan X-ray. Jika manfaatnya lebih besar, (iaitu doktor mengetahui punca penyakit), dan tiada cara lain kecuali dengan menjalani pemeriksaan X-ray, maka janganlah risau. Doktor akan melakukan perkara yang difikirkannya terbaik untuk menyelamatkan pesakit. Dapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini melalui ruangan Tanya Doktor di muka surat 82.

6.  Tip RM - Kemas Kini Azam Kewangan Anda

Membuat senarai azam memang senang tetapi memastikan kita melakukannya itu yang susah. Oleh itu, semak pencapaian azam kewangan anda dan sekiranya masih jauh tahap pencapaiannya, pastikan bagi tahun baru ini anda catat kembali azam kewangan yang sama tetapi dengan penggunaan istilah yang lebih keras supaya tindakan segera boleh diambil. Dapatkan 7 perkara yang mungkin tersenarai dalam azam anda sebagai panduan untuk mengemaskini kewangan anda ke arah yang lebih baik daripada Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam melalui kolum tetapnya dalam Majalah Anis.

7.  Harmoni - Kenapa Cari ‘Buruk’ Pasangan?

Setiap orang pasti ada buruknya begitu juga dengan pasangan kita. Kalau kita cari pasti kita akan jumpa. Tetapi fikirlah, untuk apa kita cari yang buruk itu jika hanya akan mengundang porak-peranda. Ketahuilah tip-tip atau panduan dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga oleh Ustaz Mohd Shukri Samsudin dalam ruangan Harmoni.


Bil 172 Dis/2011


Bil 171 Nov/2011



KANDUNGAN MENARIK ANIS NOVEMBER 2011

1. Fokus Utama : Cepat-cepatlah Kahwinkan!

Ada baiknya ibu bapa memainkan peranan dalam merancang  jodoh dan memudahkan perkahwinan untuk anak. Walaupun anak itu berpendidikan tinggim dia tetap memerlukan nasihat dan panduan apabila melibatkan persoalan besar dalam hiduo seperi perkahwinan. Ibu bapa wajar memikirkan soal jodoh anak mereka sebaik-baik sahaja anak itu memasuki usia remaja atau sudah patut mendirikan rumah tangga. lebih -lebih lagi bagi yang mempunyai anak perempuan.

2. Tetamu Anis : Dugaan sakit teguhkan kasih sayang Ustaz Kazim & Isteri

" Dari awal perkahwinan isteri saya banyak berkorban sebab saya banyak masa keluar berdakwah sehingga saya beraya membangunkan Pusat Pengajian Al-Barakah. Saya sakit sejal mula kahwin. Dia sangat memahami gaya hidup saya. Mungkin saya banyak beri kebaikan kepada masyarakat dan keluarga maka Allah timbulkan perasaan kepadanya untuk setia menjaga saya semasa saya sakit teruk sepanjang dua bulan lalu. Saya menghargai pengorbanannya, " demikian biacar tulus Ustaz Kazim mengenai isterinya ini. Ikuti kisah menarik penceramah bebas yang juga merupakan Pengerusi dan Pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah, Kg. Manjoi, Ipoh.

3. Tinjauan Eksklusif : 

Melaksanakan perkara yang baik dan dituntu agama pasti ada cabaran dan halangannya. ikuti perkongsian kisah ibu bapa yang mengahwinkan anak mereka di usia muda. Dapatkan juga pengalaman pasangan yang berkahwin pada usia muda.

4. Resepi Kehidupan : " Bumi Kemboja mengajar saya erti korban," - Ustaz Azhar Abd Shukur

Pengalaman tinggal dua tahun bersama keluarga di Kemboja meninggalkan kesan yang amat mendalam hingga encetuskan idea untuk terus membantu melalui ibadah korban dan akikah. Ikuti perjalanan menarik hidup Ustaz Azhar Abd Shukur yang gigih membantu masyarakta Kemboja.

5. Tip RM : Kenduri Kahwin Ikut Kemampuan

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan yang akan meninggalkan seribu satu memori indah dalam hidup mereka. Walaubagaimanapun, rancanglah kenduri dengan rapi, adakan dalam suasana yang sederhana dan tiada pembaziran atau unsur-unsur yang bercanggah dalam agama. Oleh itu, dapatkan tip dalam merancang sesebuah majlis perkahwinan mengikut kemampuan dalam ruangan Tip RM oleh Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir, pakar Perunding Kewangan Islam.


6. Sihat Anggun : Allah Bersumpah dengan Buah Tin


Buah Tin adalah salah satu daripada lima buah-buahn istimewa lain yang disebutkan di dalam al-Quran bersama zaitun, anggur, delima dan tamar

Bil 170 Okt/2011


Bil 169 Sep/2011


Bil 168 Ogos/2011


Bil 167 Jul/2011