Feb 6, 2013

Bil 175 Mac/2012



KANDUNGAN MENARIK ANIS MAC 2012:

1. Fokus Utama 

Dalam banyak-banyak kes perceraian yang berlaku, kalau diselidik, pasti sebahagian besarnya bermula dengan retaknya hubungan. Jarang sekali perceraian yang berlaku sekelip mata tanpa bibit-bibit keretakan yang telah memakan berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Apabila hubungan suami isteri bermasalah, semaklah hati. Segala tindakan lahir sama ada baik atau buruk, datang daripada dorongan hati. Apabila hati bersih, jernih atau baik, ia mendorong kepada sikap dan tindakan lahir yang baik.

2. Tetamu Anis - Peribadi di Sebalik Fenomena Ustaz YouTube

Ustaz Azhar mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia dakwah tanah air. Tidak hairanlah jika beliau antara yang paling popular di laman YouTube hingga diberi jolokan ‘Ustaz YouTube’. Ikuti perjalanan hidup figura dakwah ini sebelum dan selepas beliau memasuki gelanggang dakwah dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.

3. Resipi Kehidupan 

Pada usia lapan tahun beliau bangun seawal empat pagi bagi membantu ibunya menjual nasi lemak dan kuih-muih. Pengalaman itulah membentuk dirinya hingga menjadi seorang chef selebriti yang dikenali dunia. Ketahui perjalanan hidup Chef Sabri Hassan sehingga berjaya menjadi chef yang dikenali dunia dalam ruangan Resipi Kehidupan.

4. Transformasi Diri - Sebatang Kara Selepas Bergelar Saudara Baru

Telah ditakdirkan lahir dalam keluarga yang agak berada dan taat kepada ajaran Kristian, sejak kecil dia dipupuk dengan segala kemewahan oleh bapanya. Walau bagaimanapun, Adam sanggup meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan yang dimilikinya demi mencari redha Allah SWT walaupun melalui perjalanan getir. Ikuti pahit getir Muhammad Adam Eh Jun Guang dalam memburu hidayah Allah.

5.Imej Muslimah - Tip Pilih Pakaian Bagi Wanita Kurus

Wanita yang mempunyai bentuk badan terlalu kurus tidak seharusnya membiarkan diri kelihatan ‘lebih kurus’ sewaktu berpakaian. Ia penting untuk mengelakkan tanggapan kurang bermaya dan tidak tegar untuk melakukan aktivti cergas dan mencabar seperti wanita lain. Khusus bagi Muslimat berkerjaya pula, pilihan pakaian yang betul akan membantu dirinya tampil lebih kompetitif dan meyakinkan. Oleh itu, dapatkan tip memilih pakaian dan penggayaan baju kurung yang betul bagi wanita kurus melalui ruangan Imej Muslimah di muka surat 70.

8. Wanita & Bisnes - Mompreneurship Untuk Wanita

Menjadi suri rumah sebenarnya merupakan satu kelebihan dan bukannya kekurangan. Mereka boleh mengatur masa mengikut keperluannya. Mereka juga boleh bekerja dari rumah dan menjalankan pelbagai bisnes untuk menjana pendapatan untuk diri serta keluarga. Justeru, ketahui tip dan juga bidang-bidang yang boleh diceburi oleh suri rumah untuk mendapatkan pendapatan sampingan oleh Ann Wan Seng dalam ruangan Wanita & Bisnes.

9. Tanya Doktor - Strok Dan Pil Perancang

Ramai wanita tidak menyedari bahawa pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan adalah pil yang dimasukkan ke dalam kategori ’ubat yang terkawal’. Ini bermakna pil-pil ini tidak boleh dibeli tanpa preskripsi daripada doktor. Oleh itu, pil-pil ini harus diberikan secara berhati-hati. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai panduan pengambilan pil perancang oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam ruangan Tanya Doktor di muka surat 82.

No comments:

Post a Comment