Feb 6, 2013

Bil 186 Feb/2013


KANDUNGAN MENARIK ANIS FEBRUARI 2013
1. Fokus Utama : Stres Itu OK! Anugerah Di Sebalik Tekanan

Hidup pada zaman moden yang serba pesat dengan kemajuan dan kecanggihan ini, manusia tentunya tidak dapat lari mengalami tekanan atau stre. Sedikit atau banyak, berat atau ringan pasti ada tekanan. Tanpa suluhan wahyu Ilahi dan bimbingan sunnah Rasulullah SAW, orang yang ditimpa stres selalunya terbawa-bawa kepada perasaan negatif yang boleh membawa mereka menjadi sesat dan tidak tentu arah kerana terlalu melayan kesedihan atau stres dan langkah-langkah menanganinya ikuti FOKUS ANIS bulan ini.

2. Interviu Fokus : Stres....Bertuahnya Anda!

" Seseorang yang stres dianggap bertuah jikamereka pandai mengubah stres tersebut ke arah kebaikan dan menggunakan peluang tersebut untuk mencari pahala serta rehda Allah SWT...." Nak tahu bagaimana bertuahnya apabila dilanda stres, ikuti ulasannya oleh Pensyarah Kanan Falkulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Sukki Othman.

3. Tetamu Anis : Teh Syuhaida : Ubah Stres Jadi Positif

Personaliti TV berusia 32 tahun ini membuka tirai 2012 dengan epiod manis bersulam kesyukuran. Detik 1 Januari 2012 menggamit memori indah baginya apabila buat kali pertamanya tampil dengan imej baru, bertudung litup. Desis hatinya, niat untuk bertudung telah lama terbit di lubuk hati sanubarinya, namun bleiau masih belum mempunyai apa-apa kekuatan. Bagaimanakah beliau memperoleh kekuatan ini, ketahuinya dalam ruangan Tetamu Anis muka surat 33.

4. Solat Wanita : Perlukah Solat Jenazah?

Wanita dan solat Jenazah seperti ibadah yang asing. Setiap kali ada kematian, pasti kaum wanita yang mengambil bahagian melaksanakan tuntutan fardu kifayah ini . Wanita jarang mengambil peluang ini sedangkan wanita juga berhak memiliki pahala seperti lelaki. Jom ubah paradigma dan sama-sama meraih ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT.

5. Imej Muslimah : Wahai Muslimat, Rawatlah Rambutmu!

Allah buka 'suka-suka' menjadikan rambut sebagai salah satu aurat perlu wanita lindungi. Ia termasuk dalam hak peribadi suami untuk memastikan rambut isteri menggembirakan hatinya.Oleh itu, dapatkan tip tradisional canyikkan rambut daripada Puan Suraya Daud, perunding imej, SD Image.

6. Firman : Bilakah Kiamat ?

Dunia digemparkan dengan berita bahawa dunai akan kiamat pada Disember 2012 sebagaimana menurut Kalendar Kaum Malaya yang telah dilakarkan sekitar 5000 tahun lampau. Sehubungan itu, terdapat berita atau akhbar yang memaparkan bahawa masyarakat Barat telah menyimpan stok makanan dan minuman bagi menghadapi fenomena kiamat tersebut. Justeru, bilakah sebenarnya akan berlaku kiamat? Ketahui ulasannya oleh Ustaz Nik Yusri Musa.

7. Sihat Anggun : Halia Bagus, Tapi...

Halia memang tidak asing dalam masakan masyarakat kita. Halia tidak sahaj sinonim sebagai ramuan masakan, malah kegunaannya diperluaskan dalam industri pembuatan kosmetik. Biar apa pun produk mahupun masakan yang dibuat, halia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dalam dunia kesihatan. Nak tahu lebih lanjut ikutinya dalam ruangan Sihat Anggun.

No comments:

Post a Comment