Sep 10, 2013

ANIS OKTOBER 2013



 

Anak Gadis Kesayanganku
Sering kali berlaku ramai pasangan rasa gembira dan ceria apabila mendapat tahu anaknya adalah anak lelaki, sebaliknya apabila mendapat tahu anaknya perempuan, rasa tidak ‘happy’ seperti mana mendapat anak lelaki. Namun, sedarkah kita betapa tingginya nilai diri seorang anak perempuan hingga boleh menjadi laluan syurga untuk kedua-dua orang tuanya. Juga diharamkan neraka pada kedua-duanya. Ketahui tip-tip mendidik anak perempuan yang dianjurkan oleh Islam dan ulasan lanjut mengenai isu ini dalam Sumbu ANIS bulan ini oleh Ustazah Maznah Daud, Mantan Pensyarah UiTM dan Ketua Wanita IKRAM Malaysia. 

Bicara Tokoh ms: 22
“Sewaktu kecil, anak perempuan memerlukan ibunya untuk membantu urusan mereka, tetapi sewaktu meningkat remaja mereka sebenarnya lebih memerlukan bantuan dan perhatian daripada ibu mereka.” Dapatkan kaedah mendidik anak perempuan dengan betul mengikut acuan Islam yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, Pengarah Urusan Fitrah Power Resources.

 Bicara Tokoh ms: 26
“Berakidah tidak semestinya menghantar mereka ke sekolah agama, tetapi didiklah mereka menjalani kehidupan yang menghayati nilai-nilai Islam. Jika akidah sempurna, Insya-Allah, akhlaknya juga akan sempurna. Apabila seseorang anak perempuan itu sempurna akidahnya dan tinggi akhlaknya, maka dia tidak mengabaikan amalan solat setiap hari kerana solat itu menghalangnya dari melakukan perkara keji dan mungkar.” Ikuti kupasannya oleh Ustazah Datin Hajah Rusmiati Harun, Pendakwah Bebas yang menekankan aspek akidah dalam pendidikan anak-anak perempuan.


 Personaliti ANIS ms: 32
Wardina Safiyyah-Besarkan Anak-Anak Dalam Suasana Islam
Wardina Safiyyah percaya, tugas mendidik anak-anak merupakan kewajipan setiap ibu bapa. Oleh sebab itu beliau tidak sesekali memandang enteng tentang perkara ini dan sangat mengutamakan keluarganya lebih dari segala-galanya. Ketahui cerita terkini selebriti ini dan dapatkan tip mendidik anak-anak hasil perkongsian daripada Wardina Safiyyah.

 Soal Jawab Cantik ms: 14
Nyahkan Stretchmark!
Sewaktu hamil, saya dapati banyak garisan-garisan merah pada bahagian perut. Selepas melahirkan anak, garisan-garisan merah ini bertukar menjadi putih. Bagaimana ia terjadi dan apakah cara untuk merawatnya? Dapatkan jawapannya dalam ruangan Soal Jawab Cantik oleh Dr. Nurhalina Azly bt. Minhat, Perunding Kecantikan. 

Sirih Junjung ms: 56
Wanita: Bukan ‘Fitnah’ Semata-mata
Benar, tugas isteri dalam rumah tangga  menjadi prioriti wanita setelah Allah dan Rasul. Keadaan ini tidak menafikan peranan wanita di tengah masyarakat. Wanita juga turut serta dalam kehidupan sosial dan sering kali bertemu dengan kaum lelaki, ia berlaku sejak zaman Nabi lagi. Penglibatan ini disertai beberapa aturan dan ingatan. Ingatan tentang fitnah itu sifatnya untuk memelihara, bukannya menghalang! Oleh itu, wajarkah menghalang wanita melakukan tugas-tugas sosial atas alasan agama? Ikuti kupasannya oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Manja Sihat ms: 62
Bahayakah Bengkakan Kelenjar?
Bengkakan kelenjar selalu berlaku apabila saiz kelenjar pada leher, ketiak dan kelangkang lebih besar berbanding dengan kelenjar di sebelah yang satu lagi. Sebagai contoh kelenjar di kelangkang sebelah kanan dapat dirasakan dengan jelas jika dibandingkan dengan kelenjar di sebelah kiri yang agak lebih kecil. Kenapakah bengkakan kelenjar terjadi? Adakah ia berbahaya? Ketahuinya dalam ruangan Manja Sihat oleh Dr. Zubaidi Ahmad. 

Hai Darling! ms: 80
Bertengkar – Siapa Yang Betul?, Siapa Yang Salah?
Asas yang menjadi perbalahan antara kita ialah kita akan mempertahankan hujah masing-masing sehingga mengetepikan keperluan dan kehendak masing-masing terhadap sesuatu isu. Justeru, ketahuilah beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh suami dan isteri ketika bertengkar yang dikongsikan oleh Pak Utih dalam ruangan Hai Darling! Catatkan kesilapan yang manakah yang sering kita lakukan dan cubalah baiki agar tidak menjadi punca perbalahan anda dengan dia.

Kamar Syariah ms: 12
Apabila Suami Abaikan Nafkah …
Suaminya tidak pernah memberi nafkah kepadanya sebaliknya asyik meminta duit daripadanya untuk membeli dadah. Suami langsung tidak mahu bekerja walaupun dahulunya mereka sama-sama berkongsi berniaga membuka kedai makan. Sikap suami membuatkan dia tertekan dan meminta nasihat apa yang sepatutnya dia lakukan. Ketahui jawapannya yang dikupas oleh Sharifah Mohamad Jahaya, Peguambela  & Peguamcara dan Peguam Syarie di di Seberang Perai, Pulau Pinang.  

Imej Muslimah ms: 42
Fesyen Tepat Syariat Lebih Jimat?
Apabila menjejakkan kaki ke pusat membeli belah, kita dapat lihat banyak baju dan tudung yang nipis-nipis, extra-lembut, corak fancy colourful berbunga-bunga, sarat hiasan manik eksklusif, fabrik melekat-lekat pada tubuh dengan potongan fesyen terkini dalam pasaran itu semuanya tidak murah. Namun, kebanyakan kaum wanita tetap membelinya tanpa rasa bersalah dengan alasan pakaian tersebut cantik, nampak moden dan selesa digayakan walaupun ada di antara mereka sedar yang fesyen itu tidak tepat syariat.  Apakah ciri-ciri fesyen tepat syariat? Ketahui kupasannya oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.