Jan 28, 2013

Bil 100 Dis/2005


FOKUS: Buat Baik Betul-betul, Jahat jangan Sekali-kali
Buat baik dan buat jahat bezanya bagaikan antara langit dan bumi. Bahkan kesan akhirnya pun juga begitu. Jadi, jika inginkan kebaikan, buatlah baik sebanyak-banyaknya. Manakala kejahatan, jangan dilakukan walaupun sekali.

Bil 99 Nov/2005


FOKUS: Hayati 9 Keutamaan Sambut Raya
Sempena sambutran hari raya, ada kepelbagaian cara masyarakat kita menyambutnya. Kali ini mari kita bersama-sama hayati 9 keutamaan kita menyambut hari raya seperti yang digariskan dalam Islam.

Bil 98 Okt/2005


FOKUS: Menangani Ajaran Sesat di Rumah
Sedarkah kita ajaran sesat atau saluran yang membawa kepada kesesatan ada di mana-mana termasuk di dalam rumah kita juga? Betulkah? Kalau hendak tahu bagaimana ia berlaku, bacalah majalah Anis. Di sana ada cara-cara untuk menanganinya.

Bil 97 Sep/2005


FOKUS: Romantik Dalam Mencari Cinta
Tidak usah diterangkan lagi apa itu romantiknya cinta antara suami dan isteri. Ia bagaikan kata pepatah, lagi terang lagi bersuluh. Tapi sejauh mana ia benar-benar dipraktikkan dalam sebuah keluarga Islam? Jom, kita romantikkan cinta kita dengan pasangan kita....

Bil 96 Ogos/2005


FOKUS: 10 Kesan Makanan Pada Hati
Apa yang kita makan, itulah yang akan menjadi darah dan daging dalam badan kita. Baik makanan kita, baikkan darah dan daging yang menjana pertumbuhan dalam badan kita. Hakikatnya ia bukan sekadar menjana anggota lahir sahaja, tapi turut mempengaruhi anggota dalam kita iaitu hati!

Bil 95 Jul/2005


FOKUS: Kembalikan Kualiti Hidup Berkeluarga
Kualiti atau "Q" bukan hanya perlu ada pada kerjaya sahaja. Tapi kebanyakan kita sangat bersungguh-sungguh menjaga Q dalam kerja, kerana ia berkait rapat dengan kenaikan pangkat dan tanggagaji.
Mengapa pula hidup berkeluarga perlu ada Q? Hidup berkeluarga dan berkerjaya sama-sama penting kerana kedua-duanya adalah kehidupan kita. Kedua-duanya akan menentukan keadaan hidup kita di alam akhirat kelak.

Bil 94 Jun/2005


FOKUS: Nasi Belum Menjadi Bubur
Anak umpama rebung. Masa masih rebung, masih senang dilentur. Bila dah jadi buluh, ia menjadi agak sukar atau mungkin sudah terlambat untuk melenturnya. Namun, selagi ada usaha, selagi anak-anak masih perlu dilentur, maka lenturkanlah ia; janganlah berputus asa untuk terus-terusan melakukannya.

Bil 93 Mei/2005


FOKUS: Andai Aku Pergi Dulu
Wahai isteriku yang tercinta, andai suamimu ini pergi meninggalkanmu terlebih dahulu, maka bersedialah. Bahkan jika aku masih lagi ada inipun, buatlah persediaan apa yang perlu, andai suatu hari nanti engkau akan kehilanganku buat selama-lamanya. Pemergian yang tak akan kembali lagi. Bersedialah, bersedialah lahir dan batinmu, jiwa dan ragamu, fikiran dan perasaanmu, hidupmu dan anak-anak kita...

Bil 92 Apr/2005


FOKUS: Ratu Hati Adam: Bahagian kerana dapat membahagiakan.
Apa yang kita beri, insya-allah itulah juga apa yang kita akan dapat. Sedikit kita beri, sedikitlah kita dapat. Putih kita beri, putihlah yang kita dapat. Kebahagiaan yang kita berikan kepada pasangan kita, insya-Allah kebahagiaan jugalah yang akan kita perolehi.

Bil 91 Mac/2005


FOKUS: Anak Penebus Diri Ibu & Ayah
Anak yang soleh membawa kebahagiaan kepada kedua ibu bapanya, sejak di dunia lagi. Di akhirat kelak, apatah lagi.  Mereka umpama 'saham' baik yang menguntungkan lagi membahagiakan kedua ibu bapanya di dunia dan akhirat kelak.


Bil 90 Feb/2005


FOKUS: Seks tertutup tapi terbuka.
"Seks" amat taboo dalam masyraakat Melayu. Tapi tidak dalam agama. Kerana Rasulullah dan para sahabat dapat membincangkannya dengan baik dan terbuka. Kerana ia adalah ilmu dan pengajaran. Pun begitu, sesuai dengan adat ketimuran, perbincangan mengenainya perlu ada tapisan, dalam suasana beradab sopan dan beretika.

Bil 89 Jan/2005


FOKUS: Bakti - janji ke Syurga, Derhaka tiket ke Neraka
Tidak perlu dipersoal lagi kesan dan akibat perbuatan 'bakti' dan 'derhaka'. Namun, sejauh mana jelasnya kita dengan janji-janji ke Syurga atau ke Neraka, itulah yang menentukan kefahaman sebenar kita terhadap kedua-dua amalan baik dan buruk itu.

Bil 88 Dis/2004


FOKUS: Pilih Jodoh, Giliran Wanita Buku Mulut
Ini maksudnya 'perigi akan memilih timbanya'. Ia tidak salah, sama ada dari segi adat mahupun agama. Jadi jangan ada rasa pelik jika wanita memilih jodohnya, kerana hakikatnya mereka berhak memilih pasangan terbaik mereka, yang akan bersama-sama  mendayung kehidupan di dunia ini, dan membawa ke akhirat kelak.

Bil 87 Nov/2004


FOKUS: Mudahnya nak jadi baik.
Mudahnya nak jadi baik... mudahnya nak jadi baik dan sekali lagi, mudahnya nak jadi baik. Tapi ramai juga yang rasa susahnya nak jadi baik.Kenapa?  Kerana jadi baik itu berlawanan dengan nafsu. Sedangkan nafsu yang ada dalam diri kita sentiasa mengajak kita ke arah kejahatan...

Bil 86 Okt/2004


FOKUS: Isteri Layan Hebat, Dapat Pun Hebat
Kalau tidak percaya, cubalah...

Bil 85 Sep/2004


FOKUS: Pengurusan Rumah Tangga Moden
Kembalikan sentuhan peribadimu, wahai para suami dan isteri. Hanya dengan sentuhan ajaib itu sahajalah kehidupan berkeluargamu bakal menyerlah dan terserlah - kebahagiaan menanti! 

Bil 84 Ogos/2004


FOKUS: Nikah - Turning Point Seorang Wanita
Seorang wanita, apabila melangkah ke alam rumah tangga, mencita-citakan kebahagiaan hidup bersama pasangannya, daripada malam dan hari pertama sebagai raja sehari hinggalah ke malam dan hari terakhir mereka di dunia ini. Kerana itu mereka akan memberi sepenuh jiwa dan raga mencari kebahagiaan. Hidup mereka hakikatnya telah berubah 100% selepas akad nikah....

Bil 83 Jul/2004


Bil 82 Jun/2004


Bil 81 Mei/2004


Bil 80 Apr/2004


Bil 79 Mac/2004


Bil 78 Feb/2004


Bil 77 Jan/2004


Bil 76 Dis/2003


Bil 75 Nov/2003


Bil 74 Okt/2003


Bil 73 Sep/2003


Bil 72 Ogos/2003


Bil 71 Jul/2003


Bil 70 Jun/2003


Bil 69 Mei/2003


Bil 68 Apr/2003


Bil 67 Mac/2003


Bil 66 Feb/2003


Bil 65 Jan/2003


Bil 64 Dis/2002



Bil 63 Nov/2002


Bil 62 Okt/2002


Bil 61 Sep/2002


Bil 60 Ogos/2002


Bil 59 Jul/2002


Bil 58 Jun/2002


Bil 57 Mei/2002


Bil 56 Apr/2002


Bil 55 Mac/2002


Bil 54 Feb/2002


Bil 53 Jan/2002


Bil 52 Dis/2001


Bil 51 Nov/2001