Sumbu ANIS ms: 17
Cinta
Di Hujung Jari Semakin Jauh Semakin Sayang?
Senario zaman kini menyaksikan ramai
pasangan suami isteri terpaksa tinggal berjauhan kerana hambatan dan tuntutan
pekerjaan. Selain itu, antara sebab terpaksa tinggal berjauhan adalah
perkahwinan pada usia muda dan masih belajar di kalangan penuntut universiti.
Adakah ia dibenarkan syarak? Apakah yang perlu dilakukan oleh suami/isteri yang
terpaksa tinggal berjauhan? Ketahui tip-tip dan ulasan lanjut mengenai isu ini dalam Sumbu
ANIS bulan ini oleh Ustazah Maznah Daud, Mantan Pensyarah UiTM dan Ketua Wanita
IKRAM Malaysia.
Bicara Tokoh ms: 22
“Kadang-kadang orang yang tinggal bersama pun ada
masalah, inikan pula yang berjauhan. Semua ini berpaksi kepada keimanan
masing-masing terhadap Allah SWT. Apabila sudah berjauhan, kepercayaan terhadap
pasangan perlu diberikan sepenuhnya. Jika kita percaya dan dalam masa yang sama
masih ada lagi keraguan dalam diri, kita serahkanlah sepenuhnya kepada Allah
SWT.” Ketahui peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dan panduan untuk mengisi
kesunyian apabila tinggal berjauhan yang dikongsikan oleh mantan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan
Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustazah Zawiah Hassan.
Bicara Tokoh ms: 26
“Tidak perlu ada rahsia antara suami isteri walaupun tinggal berasingan dan
hanya bertemu sekali sekala. Suami beritahulah isteri ke mana kita pergi dan
apa aktiviti kita sepanjang berjauhan dengannya.” Dapatkan tip-tip
yang dikongsikan oleh Imam Muda Hizbur Rahman Omar
Zuhdi, Naib Juara rancangan Imam Muda bagi musim pertama yang pernah menempuhi pengalaman cinta jarak jauh semasa bergelar penuntut di
Universiti Al-Azhar, Mesir suatu ketika dahulu.
Personaliti ANIS ms: 32
Puteri Sarah Liyana - Tidak Sanggup
Berjauhan
“Saya pernah memegang watak yang memerlukan saya bertudung. Ini merupakan
titik tolak bagi saya untuk berubah. Sebelum ini pun, telah banyak perkara
pahit yang berlaku dalam hidup saya termasuklah kontroversi demi kontroversi
sepanjang bergelar artis. Apabila mengambil keputusan bertudung dan membuang
segala perkara yang negatif, hidup saya kembali tenang dan tidak lagi dikaitkan
dengan kontroversi.” Ketahui perjalanan hidup dan cerita
terkini Puteri Sarah Liyana dalam Personaliti ANIS pada muka surat 32.
Fikah Wanita ms: 50
Nifas Selepas Bersalin dan Keguguran
Selepas bersalin kebiasaannya wanita didatangi darah nifas.
Berapakah tempoh sebenar darah nifas itu? Bagaimana pula dengan wanita yang keguguran. Adakah darah
yang keluar itu juga dinamakan darah nifas dan berapakah tempoh bagi wanita
yang keguguran? Ketahui jawapannya oleh Ustazah Maznah Daud.
Sirih Junjung ms: 90
Saling Merindui
Akhirat
Sebelum berumah tangga, kita ada pelbagai impian yang
indah di masa depan. Sesuatu yang hebat dan cukup indah selalunya bermula
dengan apa yang kita rasakan ia mustahil. Seindah mana pun impian, ia tak
seindah memiliki impian yang satu ini iaitu indahnya memiliki rumah tangga yang
setiap ahlinya saling merindui kehidupan abadi. Apakah tanda
sesebuah rumah tangga itu merindui pertemuan dengan-Nya? Mari kita mengetuk
pintu rumah Rasulullah SAW dan belajar sesuatu di dalamnya. Ikuti
kupasannya oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Manja Sihat ms: 62
Berhati-hati
Berikan Ubat Pada Bayi Anda
Pesakit: “Mana ubat batuk anak saya? Antibiotik?Bagaimana nak baik kalau tak
bagi ubat?”
Doktor: “Mungkin dia menyangka ubat-ubat itu penting untuk anak dia. Padahal
ubat-ubat itu boleh memberikan mudarat pada anak dia yang berumur enam bulan
itu …” Nak tahu mengenai ubat-ubatan yang mungkin berbahaya
kepada bayi dan anak anda? Bacalah ruangan Manja Sihat oleh Dr. Zubaidi Ahmad.
Hai Darling! ms: 78
Hai Darling! ms: 78
“Ladies First” – Mampu Buat Isteri
Tersenyum
Wanita zaman sekarang sangat memerlukan
sokongan tambahan daripada suaminya untuk dia dapatkan bekalan extra
oxytocin agar dia boleh mengimbangi testosteron yang dirembesnya semasa di
pejabat. Dengan ini, suami perlu mengutamakan dan mendahulukan aktiviti di
rumah yang boleh meningkatkan oxytocin
isterinya jika dia inginkan kebahagiaan hubungan suami isteri. Bagaimana suami
boleh membantu meningkatkan oxytocin
isterinya? Dapatkan tip yang dikongsikan oleh Pak Utih dalam ruangan Hai
Darling!
Tackle Remaja ms: 82
Apabila Anak
Mula Bercinta …
Satu hari saya didatangi oleh seorang ibu yang mengadu
masalah anak lelakinya. Anaknya itu berusia 15 tahun. Dia bimbang kerana sejak
bercinta, fokus anaknya terhadap pelajaran merosot, masanya habis di laman
sosial, duit habis bergayut di telefon dan berbalas-balas SMS. Bagi mengatasi
masalah tersebut, dia terpaksa mengambil tindakan yang drastik dengan merampas
telefon bimbit anaknya, memotong talian internet dan menegur tingkah laku
anaknya itu. Malah ada ketikanya terpaksa memarahinya dan bersuara tinggi. Ibu
itu bertanya sama ada betul atau tidak caranya itu? Ingin tahu bagaimana hendak mengatasi masalah ini,
dapatkan jawapannya dalam ruangan Tackle Remaja oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku
Mohamad.
Imej Muslimah ms: 42
Anda
Sebenarnya Sangat Lawa!
Seseorang wanita tidak perlu rasa
gelisah untuk mengubah bentuk muka, memutih kulit wajah, ingin terlalu menguruskan
bentuk badan atau terpaksa memakai perhiasan yang terlalu banyak. Semuanya
kerana wanita itu sendiri telah diciptakan cantik! Paling penting hanyalah
bersederhana dalam menghias diri di samping mengekalkan semua kecantikan asli. Apabila
begini, barulah dirinya mampu tergolong dalam takrifan wanita cantik yang
sangat diiktiraf agama. Apakah ciri-ciri wanita cantik yang diiktiraf agama?
Ketahui kupasannya oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.
No comments:
Post a Comment