KANDUNGAN MENARIK ANIS DISEMBER
2013
Sumbu ANIS
Fenomena
Kahwin: Besarkan Yang Kecil, Kecilkan Yang Besar
Fenomena hari ini menyaksikan trend
masyarakat dalam isu perkahwinan semakin berubah malah yang lebih membimbangkan
ialah hilang roh dan identiti ke-Islamannya. Sesuatu perkara yang janggal suatu
ketika dahulu kini sudah jadi budaya yang diterima masyarakat Islam. SUMBU ANIS
kali ini terpanggil untuk mengetengahkan isu ini dan membawa pencerahan agar
masyarakat Islam khususnya jelas dan faham apa sebenarnya yang patut
diperbesarkan dan apa yang perlu dikecilkan dalam soal perkahwinan. Dapatkan kupasan lanjut mengenai isu ini oleh Ustaz Amaludin Mohd Napiah.
Bicara Tokoh 1
Mengapakah pasangan yang ingin berkahwin perlu melalui
beberapa prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak yang bertanggungjawab? Nak
tahu jawapannya, ikuti kupasannya dan dapatkan beberapa panduan untuk
memastikan rumah tangga yang dibina memenuhi matlamat asal perkahwinan iaitu
mendapatkan sakinah, mawaddah dan rahmah yang dititipkan oleh Ketua Penolong
Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM), Ustazah Sabariah Binti Salleh dalam ruangan Bicara Tokoh.
Bicara Tokoh 2
Meletakkan hantaran yang tinggi serta mengadakan majlis perkahwinan dalam
skala yang besar seperti sudah menjadi trend bagi masyarakat di negara ini
sekarang. Begitu juga dengan penetapan nilai hantaran berdasarkan ketinggian
akademi yang dimiliki sehingga membebankan pihak lelaki. Apakah pandangan Islam
dalam isu ini? Dapatkan ulasannya dalam Bicara Tokoh oleh Pendaftar
Kanan, Nikah, Cerai, Rujuk, Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah, Melaka, Tuan
Haji Abdul Halim Tawil yang juga merangkap Ketua Penolong Pengarah Bahagian
Dakwah Jabatan Agama Islam Melaka
(JAIM).
Personaliti ANIS
Adam & Fiza Idam Jadi Wedding Planner Bersyariat
Berita
perkahwinan mereka pada 26 September lalu telah mengejutkan banyak pihak.
Malah, tindakan mereka itu berjaya membuka mata banyak pihak bahawa golongan
artis seperti mereka juga tidak segan mengadakan majlis pernikahan secara
ringkas dan mengikut syariat. Secara
tidak langsung, ia menjadi pencetus kepada rakan-rakan artis lain yang bakal
mendirikan rumah tangga. Namun, ada terselit kerisauan dalam diri mereka dengan
trend perkahwinan masa kini. Nak tahu apakah itu? Ikuti cerita dan kisah hidup
Adam dan Fiza setelah bergelar suami isteri dalam Personaliti ANIS pada muka
surat 32.
Fikah Wanita
Hukum Kahwin Kontrak
Akhir-akhir ini terdapat banyak kisah mengenai perkahwinan
kontrak yang terjadi atas persetujuan kedua-dua pihak sama ada lelaki dan
wanita di mana mereka bersetuju untuk berkahwin dalam tempoh tertentu, kemudian
masing-masing akan berpisah selepas tempoh yang dijanjikan yang sering dipaparkan
dalam drama-drama di kaca TV. Apakah hukum perkahwinan ini? Ketahui jawapannya oleh Ustazah Maznah Daud.
Sihat Anggun
Wuduk Menjaga
Kesihatan Kita
Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka
(berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, kedua-dua belah tangan kamu hingga sampai ke siku,
sapulah sebahagian daripada kepala
kamu dan basuhlah kedua-dua belah kaki
kamu hingga sampai ke buku lali ... . (Al-Maidah 5: 6)
Demikian perintah Allah kepada setiap Muslim, tetapi
sejauh manakah kita sebagai seorang Islam mengambil berat akan perintah Allah
itu? Hakikatnya, terlalu banyak RAHSIA kesihatan di sebalik WUDUK yang perlu
kita ambil peduli. Ketahuinya dalam ruangan Sihat Anggun.
Manja Sihat
Apakah
Keperluan Rakaman Imej 3D dan 4D?
Pesakit: “Apakah kebaikan rakaman imej 3D dan 4D yang dilakukan untuk melihat
rupa bentuk fizikal bayi dalam rahim dan adakah ia selamat?” Nak tahu jawapannya? Bacalah ruangan Manja Sihat oleh Dr. Zubaidi Ahmad
Hai Darling!
Gagalnya Sebuah Sesi Kaunseling …
“Oleh
kerana sayang dan fikirkan anak, saya sanggup bermadu. Namun, suami berat hati
kerana kekasihnya itu mengenakan syarat iaitu jika ingin kekalkan perkahwinan,
tinggalkannya,” katanya sebelum berusaha mengajak suami bertemu kaunselor bagi
mencari penyelesaian terhadap kemelut rumah tangga mereka. Malangnya, selepas
dua sesi kaunseling, suami enggan memberi kerjasama. Mengapakah sesi kaunseling
ini tidak berjaya? Ketahui jawapannya yang dikongsikan oleh Pak Utih
dalam ruangan Hai Darling!
Tackle Remaja
Mak, macam mana
boleh ada adik?
Ibu bapa mungkin pernah ditanya
oleh anak-anak dengan soalan-soalan seperti ini:
•
Kahwin itu apa?
•
Akil baligh itu apa?
•
Mimpi indah itu bagaimana?
Kebanyakan ibu bapa terlalu berahsia dan malu untuk berbicara
tentang pendidikan seks dengan anak-anak sehingga mereka mencari dari sumber
yang lain. Kesannya mereka mungkin terdedah dengan maklumat yang salah dan
negatif. Seterusnya terjeremus dalam jenayah seksual. Dapatkan panduan yang
boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak remaja tentang seks
dengan cara yang betul, berhikmah dan berkesan yang
dikongsikan dalam ruangan Tackle Remaja oleh Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad.
Imej Muslimah
Imej
Diri Pamer Karisma Pemakai
Akibat tidak menitikberatkan imej diri
yang bersesuaian boleh memberi impak negatif tanpa sedar yang memudaratkan kredibiliti
dan kompetensi diri seseorang bekerjaya. Apakah kesan-kesan negatif itu dan
bagaimana cara untuk mengatasinya, ketahui kupasannya oleh Suraya Daud,
Perunding Imej, SD Image.