Feb 8, 2013

Bil 187 Mac/2013


KANDUNGAN MENARIK ANIS MAC 2013:
1. Fokus Utama ms: 17
Isu Rumah Tangga @ FB: Kongsi Atau Dedah?

Kehadiran FB dilihat dapat merapatkan jurang silaturrahim sesama ahli keluarga, saudara-mara atau rakan yang jauh. ini kerana aktiviti komunikasi menjadi mudah dan menyeronokkan. realiti yang berlaku, bersama wujudnya zaman 'diari terbuka' ini, wujud pula suatu permasalahan baharu apabila kita sering teruja untuk berkongsi apa sahaja tentang diri dan keluarga kita, tanppa mengenal batas do's and don'tsnya. Kita lupa, syariat Islam itu sekalipun ia meraikan kebebasan berbuat dan bertindak, namun ia tetap ada adab dan batas. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, ikuti Fokus ANIS bulan ini.

2. Interviu Fokus ms: 22
Berdosa Dedah Aib Rumah Tangga

“Dalam Facebook, bukan sedikit orang yang tahu masalah rumah tangga jika kita mendedahkannya, tetapi seluruh dunia mungkin mengetahuinya dan tentunya impak yang diterima juga besar. Mendedahkan keaiban rumah tangga kepada orang ramai adalah berdosa.” Pendakwah bebas, Ustaz Syed Abdul Kader Al-Joofre turut menekankan dua perkara apabila menghadapi masalah rumah tangga. Nak tahu apa dua perkara tersebut, ikutinya dalam Interviu Fokus. 

3. Tetamu Anis ms: 33
Noryn Aziz Nekad Hapus Foto Lama Di Internet

“Saya berikhtiar untuk membuang gambar-gambar lama yang merunsing dan menyesakkan dada saya apabila melihatnya. Saya berusaha memohon bantuan daripada pihak CMCF dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada mereka.”

Mengapakah Noryn Aziz bertindak demikian, ketahuinya dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33.

4. CyberSecurity ms: 28
Selamatkah Facebook Anda?

Jika dunia ini sempurna dan ideal, memang tidak menjadi masalah berkongsi maklumat. Malahan ini memudahkan rakan-rakan kerana mereka hanya perlu merujuk maklumat di FB untuk mendapatkan maklumat tentang rakan-rakan yang lain. Malangnya dunia siber bukanlah sempurna. Ada kemungkinan maklumat peribadi kita jatuh ke tangan penjenayah. Ikuti kupasannya secara eksklusif daripada Sandra Isnaji, CyberSecurity Malaysia.

5. Nasihat Murshid ms: 12

Ukuran Kejayaan Wanita Seperti Lelaki?

Mengapa kaum wanita kena tutup aurat yang banyak dan sukar, tetapi lelaki sedikit saja. Adilkah begitu? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti kupasannya oleh Dr. Zaharuddin Abd. Rahman.

6. Pra Nikah ms: 74
Siapa Mahu Bercerai?

Sebut sahaja perceraian, ramai orang yang pukul rata. Semuanya tidak elok. Padahal, perceraian itu bukan semuanya keburukan. Meskipun perceraian itu pahit tapi ia mungkin boleh menjadi ‘ubat’ dalam masalah-masalah tertentu. Islam tidak mengharamkannya terus kerana kadangkala ia suatu keperluan. Walau bagaimanapun, Islam mengajarkan beberapa cara untuk meminimumkan risiko perceraian, nak tahu? Dapatkannya dalam ruangan Pra Nikah oleh Fatimah Syarha Mohd Nordin.

8. Imej Muslimah ms: 40
Bolehkah Wanita Berwangi-wangian?

Pemilihan minyak wangi yang berbau harum dan menyenangkan itu adalah dibenarkan. Namun pastikan cara menggunakannya juga adalah BETUL di sisi syariat. Bagaimana cara paling baik untuk wanita memakai minyak wangi? Ketahui tip-tipnya dan petua tradisional untuk menghilangkan bau badan oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.

9. Harmoni ms: 56
Bercinta Biarlah Beradab ...

Pupuk tiga perkara asas membina adab dalam rumah tangga demi mengundang rahmat Allah. Apakah tiga perkara tersebut? Ikutinya dalam ruangan Harmoni oleh Ustaz Mohd Shukri Samsudin.

10. Adam vs Hawa ms: 80
Beza Masa Kualiti Suami Dan Isteri

Kita mungkin sudah biasa dengan istilah ‘masa berkualiti’, tetapi apakah ia benar-benar bermakna dalam kehidupan kita suami isteri dan bagaimana sebenarnya kita menghabiskan masa berkualiti dengan pasangan kita masing-masing. Ketahui lima soalan untuk membolehkan suami atau lelaki memahami isteri atau wanita dalam ruangan Adam VS Hawa oleh Pak Utih.

No comments:

Post a Comment