Anak Gadis Kesayanganku
Sering kali berlaku ramai pasangan rasa gembira dan
ceria apabila mendapat tahu anaknya adalah anak lelaki, sebaliknya apabila
mendapat tahu anaknya perempuan, rasa tidak ‘happy’ seperti mana mendapat anak
lelaki. Namun, sedarkah kita betapa tingginya nilai diri seorang anak perempuan
hingga boleh menjadi laluan syurga untuk kedua-dua orang tuanya. Juga
diharamkan neraka pada kedua-duanya. Ketahui tip-tip mendidik anak perempuan yang
dianjurkan oleh Islam dan ulasan lanjut mengenai isu ini dalam Sumbu ANIS bulan
ini oleh Ustazah Maznah Daud, Mantan Pensyarah UiTM dan Ketua Wanita IKRAM
Malaysia.
Bicara Tokoh ms: 22
Bicara Tokoh ms: 22
“Sewaktu kecil, anak perempuan memerlukan ibunya untuk
membantu urusan mereka, tetapi sewaktu meningkat remaja mereka sebenarnya lebih
memerlukan bantuan dan perhatian daripada ibu mereka.” Dapatkan kaedah mendidik anak perempuan dengan betul mengikut acuan Islam yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Shukri
Yusoff, Pengarah Urusan Fitrah Power Resources.
Bicara Tokoh ms: 26
“Berakidah
tidak semestinya menghantar mereka ke sekolah agama, tetapi didiklah mereka
menjalani kehidupan yang menghayati nilai-nilai Islam. Jika akidah sempurna,
Insya-Allah, akhlaknya juga akan sempurna. Apabila seseorang anak perempuan itu
sempurna akidahnya dan tinggi akhlaknya, maka dia tidak mengabaikan amalan
solat setiap hari kerana solat itu menghalangnya dari melakukan perkara keji
dan mungkar.” Ikuti kupasannya oleh Ustazah Datin Hajah Rusmiati Harun,
Pendakwah Bebas yang menekankan aspek akidah dalam pendidikan anak-anak
perempuan.
Personaliti ANIS ms: 32
Wardina Safiyyah-Besarkan Anak-Anak
Dalam Suasana Islam
Wardina
Safiyyah percaya, tugas mendidik anak-anak merupakan kewajipan setiap ibu bapa.
Oleh sebab itu beliau tidak sesekali memandang enteng tentang perkara ini dan
sangat mengutamakan keluarganya lebih dari segala-galanya. Ketahui cerita
terkini selebriti ini dan dapatkan tip mendidik anak-anak hasil perkongsian
daripada Wardina Safiyyah.
Soal Jawab Cantik ms: 14
Nyahkan Stretchmark!
Sewaktu
hamil, saya dapati banyak garisan-garisan merah pada bahagian perut. Selepas
melahirkan anak, garisan-garisan merah ini bertukar menjadi putih. Bagaimana ia
terjadi dan apakah cara untuk merawatnya? Dapatkan jawapannya dalam ruangan
Soal Jawab Cantik oleh Dr. Nurhalina Azly bt. Minhat, Perunding Kecantikan.
Sirih Junjung ms: 56
Sirih Junjung ms: 56
Wanita: Bukan
‘Fitnah’ Semata-mata
Benar,
tugas isteri dalam rumah tangga menjadi
prioriti wanita setelah Allah dan Rasul. Keadaan ini tidak menafikan peranan
wanita di tengah masyarakat. Wanita juga turut serta dalam kehidupan sosial dan
sering kali bertemu dengan kaum lelaki, ia berlaku sejak zaman Nabi lagi.
Penglibatan ini disertai beberapa aturan dan ingatan. Ingatan tentang fitnah
itu sifatnya untuk memelihara, bukannya menghalang! Oleh itu, wajarkah
menghalang wanita melakukan tugas-tugas sosial atas alasan agama? Ikuti
kupasannya oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin.
Manja Sihat ms: 62
Bahayakah
Bengkakan Kelenjar?
Bengkakan kelenjar selalu berlaku
apabila saiz kelenjar pada leher, ketiak dan kelangkang lebih besar berbanding
dengan kelenjar di sebelah yang satu lagi. Sebagai contoh kelenjar di kelangkang
sebelah kanan dapat dirasakan dengan jelas jika dibandingkan dengan kelenjar di
sebelah kiri yang agak lebih kecil. Kenapakah bengkakan kelenjar terjadi? Adakah ia berbahaya? Ketahuinya dalam ruangan Manja Sihat oleh Dr.
Zubaidi Ahmad.
Hai Darling! ms: 80
Hai Darling! ms: 80
Bertengkar
– Siapa Yang Betul?, Siapa Yang Salah?
Asas yang menjadi
perbalahan antara kita ialah kita akan mempertahankan hujah masing-masing
sehingga mengetepikan keperluan dan kehendak masing-masing terhadap sesuatu
isu. Justeru, ketahuilah beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh suami
dan isteri ketika bertengkar yang dikongsikan oleh Pak Utih dalam ruangan Hai
Darling! Catatkan
kesilapan yang manakah yang sering kita lakukan dan cubalah baiki agar tidak
menjadi punca perbalahan anda dengan dia.
Kamar Syariah ms: 12
Apabila Suami
Abaikan Nafkah …
Suaminya tidak pernah memberi nafkah kepadanya sebaliknya
asyik meminta duit daripadanya untuk membeli dadah. Suami langsung tidak mahu
bekerja walaupun dahulunya mereka sama-sama berkongsi berniaga membuka kedai
makan. Sikap suami membuatkan dia tertekan dan meminta nasihat apa yang
sepatutnya dia lakukan. Ketahui jawapannya yang dikupas oleh Sharifah Mohamad
Jahaya, Peguambela & Peguamcara dan
Peguam Syarie di di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Imej Muslimah ms: 42
Fesyen Tepat
Syariat Lebih Jimat?
Apabila menjejakkan kaki ke pusat
membeli belah, kita dapat lihat banyak baju dan tudung yang nipis-nipis,
extra-lembut, corak fancy colourful
berbunga-bunga, sarat hiasan manik eksklusif, fabrik melekat-lekat pada tubuh
dengan potongan fesyen terkini dalam pasaran itu semuanya tidak murah. Namun, kebanyakan
kaum wanita tetap membelinya tanpa rasa bersalah dengan alasan pakaian tersebut
cantik, nampak moden dan selesa digayakan walaupun ada di antara mereka sedar
yang fesyen itu tidak tepat syariat.
Apakah ciri-ciri fesyen tepat syariat? Ketahui kupasannya oleh Suraya
Daud, Perunding Imej, SD Image.