Feb 4, 2013

Bil 163 Mac/2011




KANDUNGAN MENARIK ANIS MAC 2011

1.  Fokus ms: 16

Bersedekah Sahabat Rezeki

Bersedekah merupakan satu perhubungan yang mengakrabkan antara pemberi dengan penerima. Apabila kita bersedekah, secara automatik akan wujud perhubungan yang mengeratkan antara pemberi sedekah dengan penerima sedekah. Dalam kata yang lain, sedekah adalah pemberian kepada orang yang berhajat seperti anak yatim dan orang miskin untuk mengurangkan beban yang dipikul. Jariah merupakan sesuatu yang mengalir daripada suatu kebajikan. Dengan maksud lain, jariah adalah sedekah yang mengalir kerana pahala yang diterima tidak putus-putus. Selagi manusia menggunakannya, selagi itulah pahala akan mengalir kepada orang yang bersedekah. Untuk mengetahui apakah asas dalam bersedekah dan beramal jariah, bentuk-bentuk sedekah serta apakah amalan yang boleh menghalang kita mendapat pahala bersedekah bacalah Fokus ANIS April 2011.


2.  Kata & Makna ms: 8

Carilah Keseronokkan

Hidup yang singkat ini janganlah hanya dipenuhkan dengan sengsara dan air mata. Tataplah kembang-kembang keindahan di maya ini di lautan kesyukuran. Bergembiralah kerana mentari yang dermawan dengan cahaya adalah perlambangan bagi keceriaan, kegembiraan dan keseronokan. Bersama terbitnya mentari di hari yang baru, sematkankan rasa di jemala jiwa, betapa hidup ini akan dinikmati dengan keseronokan dan kegembiraan. Namun, berawaslah! Keseronokan yang dipilih jangan sesekali yang menatijahkan penyesalan kemudiannya. Kegembiraan yang dibina hendaklah mekar bersama redha dan rahmat Ilahi.


3.  Tinjauan Eksklusif ms: 24

Dari London ke Bumi Gaza (Siri 1)


Noorah Kathryn Abdullah atau nama sebenarnya Kathryn Bannet adalah saudara baru yang berasal dari Yorkshire, Nothern England. Ibu tunggal kepada enam orang anak ini melalui perjalanan hidup yang sangat mencabar. Kisah pengislaman dan penculikan anak-anaknya yang dilakukan oleh bekas suaminya telah disiarkan dalam Anis, September 2005. Walaupun menghidap kanser payudara peringkat kronik, wanita Inggeris ini tetap tekun membuat kerja-kerja amal Muslim di Eropah. Pada tahun 2009, Noorah mengambil keputusan menghadiahkan sendiri Toyota Estimanya kepada anak-anak yatim di Gaza, Palestin. Ikuti pengalaman menariknya merentasi lapan buah negara bermula dari London menuju ke Belgium, Perancis, Morocco, Algeria, Tunisia, Libya dan Mesir menuju bumi Palestin kepada wakil Anis, Puan Azian Hj. Ahmad dan Ummu Hani Abu Hassan yang berkunjung ke London baru-baru ini.

4.  Tip RM ms: 38


Perkongsian Bermakna

Arkad adalah individu terkaya di Babylon dan dia bukan saja terkenal dengan kemewahannya tetapi juga sifat dermawannya. Dia juga merupakan individu yang KAYA JIWA di mana dia berkongsi bagaimana ciri-ciri yang diperlukan seseorang individu untuk menjadi hartawan. Malah raja pada ketika itu memanggilnya untuk berkongsi ilmu kekayaan supaya ciri-ciri ini dapat dipelajari oleh guru-guru yang seterusnya akan mengajar kepada rakyat jelata. Babylon menjadi negara kaya kerana mempunyai ramai individu yang kaya-raya setelah menimba ilmu ini. Berminat nak tahu apakah ilmu yang dia kongsi ini? Bacalah ruangan Tip RM kolum Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Kewangan Islam.

5. Fikah Wanita ms: 42

Adakah angin yang keluar dari faraj membatalkan wuduk?

Menurut pakar sakit puan, angin dalam faraj adalah udara di sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini lazimnya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau apabila seseorang wanita sudah menopaus. Lazimnya kedua bibir pada permukaan faraj bertemu rapat di antara satu sama lain menyebabkan permukaan faraj tertutup dan menghalang udara masuk ke dalamnya. Selepas melahirkan anak, faraj akan mengembang dan akan menjadi lebih teruk apabila menopaus. Untuk mengetahui hukumnya, dapatkan informasi dari kolum Fikah Wanita yang ditulis oleh Ustazah Maznah Daud, Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji TH/JAKIM.


6. Imej Diri Ms: 86

Sebelum Melangkah...

Nikmat dapat memakai kasut hendaklah kita syukuri. Namun dalam membuat pemilihan kasut tidak boleh dipandang remeh kerana jika salah menggayakannya, Muslimah akan tampil ‘salah’ di sisi agama. Oleh itu mari bersama mempelajari panduan memilih kasut yang betul bersesuaian dengan bentuk badan dan kerjaya seorang Muslimah. Dapatkan tip memilih kasut sepadan bentuk kaki dan adab mengatur langkah dalam kolum Imej Diri.




No comments:

Post a Comment