Feb 4, 2013

Bil 173 Jan/2012


KANDUNGAN MENARIK ANIS JANUARI 2012:

1.  Fokus Utama

Jangkauan akal manusia amat terbatas. Apabila dilanda krisis atau masalah dalam rumah tangga, kita mudah hilang punca dan cepat menyalahkan takdir. Kita juga mudah menuding jari dan meletakkan segala kesilapan pada pasangan hidup masing-masing.
Masalah perlu kita tangani dan hadapi dengan sebaik-baiknya, kerana hakikatnya ia baik untuk kita walaupun kita tidak menyukainya.

2.  Tetamu Anis - Zahrah & Julian – Hijrah Membina Iman

Pasangan suami isteri ini meninggalkan segala kesenangan, peluang dan perniagaan untuk memulakan hidup baru. Niatnya hanya satu, memulakan hidup baru untuk mendidik suami mengamalkan Islam sepenuhnya. Namun anehnya bukan di negara sendiri tetapi di negara asing, bumi kelahiran suaminya, Australia. Ikuti kisah perjalanan hidup mereka dalam ANIS Januari 2012.

3.  Transformasi Diri - Rebah Di Litar Taubat

“Sewaktu saya menahan perit dengan wajah berjahit, ayah mengumpul kekuatan untuk menghampiri saya. Saat itu juga saya muntah darah dan ayah sanggup menadah tangan bagi menampung darah yang saya muntahkan. Saya rasa tersentuh. Detik itu, barulah saya tahu betapa besar kasih sayang mereka terhadap saya,” kenang Azharidzuan Abu Bakar penuh hiba. Kemalangan sekitar lima tahun lalu telah membawa titik permulaan ke arah perubahannya. Dia tidak lagi merempit di jalanan, tetapi rempitnya kini hanya untuk mengejar akhirat.

4.  Imej Muslimah - 7 Sebab Mesti Pakai Kain Dalam

Muslimat diberi peringatan tentang ‘cara betul’ jika ingin memakai pakaian daripada jenis kain yang lembut dan nipis (seperti sifon dan sutera) iaitu perlu memakai kain dalam atau lapik dalam penuh (full-lining) pada keseluruhan pakaian. Bukan setakat alasan menutup aurat, tetapi ia adalah untuk melindungi maruah diri seorang wanita. Oleh itu, ketahui tujuh sebab mengapa kain dalam MESTI dipakai oleh seorang wanita dalam ruangan Imej Muslimah oleh Suraya Daud, Perunding Imej, SD Image.

5.  Tanya Doktor - X-ray Ketika Hamil

Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan X-ray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya. Doktor selalunya akan menimbang antara keperluan dan risiko dalam melakukan pemeriksaan X-ray. Jika manfaatnya lebih besar, (iaitu doktor mengetahui punca penyakit), dan tiada cara lain kecuali dengan menjalani pemeriksaan X-ray, maka janganlah risau. Doktor akan melakukan perkara yang difikirkannya terbaik untuk menyelamatkan pesakit. Dapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini melalui ruangan Tanya Doktor di muka surat 82.

6.  Tip RM - Kemas Kini Azam Kewangan Anda

Membuat senarai azam memang senang tetapi memastikan kita melakukannya itu yang susah. Oleh itu, semak pencapaian azam kewangan anda dan sekiranya masih jauh tahap pencapaiannya, pastikan bagi tahun baru ini anda catat kembali azam kewangan yang sama tetapi dengan penggunaan istilah yang lebih keras supaya tindakan segera boleh diambil. Dapatkan 7 perkara yang mungkin tersenarai dalam azam anda sebagai panduan untuk mengemaskini kewangan anda ke arah yang lebih baik daripada Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam melalui kolum tetapnya dalam Majalah Anis.

7.  Harmoni - Kenapa Cari ‘Buruk’ Pasangan?

Setiap orang pasti ada buruknya begitu juga dengan pasangan kita. Kalau kita cari pasti kita akan jumpa. Tetapi fikirlah, untuk apa kita cari yang buruk itu jika hanya akan mengundang porak-peranda. Ketahuilah tip-tip atau panduan dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga oleh Ustaz Mohd Shukri Samsudin dalam ruangan Harmoni.


No comments:

Post a Comment