Feb 6, 2013

Bil 182 Okt/2012



Dapatkan majalah Anis isu 182 segera kerana kali ini banyak topik yang dikupaskan mengenai hal isu-isu semasa dan kewanitaan.

1. Fokus Utama : Sihat Itu Aset 

Orang Mukmin yang menjaga kesihatannya adalah tanda dia bersyukur dengan kurniaan Allah SWT. Saat badan tidak ditimpa sebarang penyakit dan kesakitan adalah masa untuk kita meningkatkan ibadah khusus dan umum. Setiap anggota badan yang dibelai memberi 1001 hikmah yang memudahkan perjalanan seorang abdi kepada Tuhannya.  Amat besar harga sihat bagi umat Islam. Sihatnya mampu menambah iman dan mempergiatkan amalan jariahnya kepada Allah SWT. Dapatkan kupasan selanjutnya mengenai 10 tip pemakanan yang betul dan apakah bentuk diet Rasulullah SAW dalam ruangan Fokus Utama ANIS bulan ini.

2. Interviu Fokus – ‘3 In 1’ Dalam Solat

Setiap posisi dalam solat adalah proses untuk mencegah, mengelak dan merawat kerosakan dalam tubuh badan kita. Ketahui juga kesan postur solat terhadap komposisi badan kita di mana setiap pergerakan dalam solat dan postur badan yang dilakukan semua itu ada impaknya dari sudut kesihatan. Ikuti kupasan selanjutnya dalam temu bual bersama Prof. Ir. Dr. Fatimah Ibrahim, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Universiti Malaya (UM) yang juga pengendali Klinik Solat UM.

3. Eksklusif : Kisah benar  

Gelaran Doktor Obes Kini Tinggal Sejarah & Mujahadah 3 Ustaz Langsingkan Badan di ms: 50-54 pasti meransang anda untuk sama-sama berjihad mengatasi masalah obes dan seterusnya tampil sihat dan aktif.

4. Tetamu ANIS – Gigi Sihat Aset Berharga: Dr. Ezani Farhana 

Kecantikan dan kesihatan gigi serta tubuh badan adalah aset terbaik bagi memastikan penampilan seseorang lebih terserlah. Maka, tidak hairanlah jika Juara MasterChef Malaysia, Dr. Ezani Farhana Md. Monoto mengaplikasikan dunia kesihatannya terhadap setiap masakan supaya setiap insan yang merasai hasil air tangannya kekal sihat terutama kesihatan gigi. Dapatkan kisah terbaharu beliau selain tip-tip menjaga kesihatan gigi agar kekal sihat dan menawan.

5. Ya Rabb - Meraih Cinta Hakiki 

Hebatnya kuasa cinta yang sepenuhnya disandarkan kepada Allah SWT. Kebahagiaan itu bukan milik mutlak seorang manusia, akan tetapi Allah SWT berhak untuk memberi atau sebaliknya. Kebahagiaan tidak akan lahir jika tiada perasaan yang mendalam kepada-Nya yang timbul daripada manifestasi kemanisan iman yang sebenar. Sekiranya kita mencintai Allah dan cinta kita itu dibalas-Nya, tiada apa lagi yang lebih berharga melainkan kita memperolehi kebahagiaan di dunia dan juga akhirat. Ayuh, mari amalkan doa yang menjadi amalan Nabi Dawud a.s. demi meraih cinta hakiki daripada Ilahi.

No comments:

Post a Comment