Feb 6, 2013

Bil 180 Ogos/2012



KANDUNGAN MENARIK ANIS OGOS 2012

EKSKLUSIF: Tambahan 16 muka surat fesyen Muslimah untuk hari raya pada harga yang sama!

1.  Fokus Utama 

Puasa sudah semestinya mengosongkan perut daripada makan dan minum. Keadaan ini membuatkan perut kita berasa lapar. Ini adalah tujuan kita berpuasa. Dengan berlapar, kita berjaya menundukkan nafsu syahwat, cekal dan terus bersabar, mengingati orang yang kelaparan serta mendidik diri untuk lebih ikhlas beribadah kepada Allah SWT. Hanya Allah SWT dan diri orang yang berpuasa yang  tahu dia berpuasa. Laparnya kerana Allah SWT dan bukan disebabkan seseorang atau tujuan tertentu selain-Nya.

2.  Interviu Fokus : Perut Punca Penyakit 

“Makanan ini bila dimakan dengan banyak, ia boleh memudaratkan. Jadi, kita perlu memastikan makanan yang dimakan bukan sahaja halal, malah baik. Begitu juga pada bulan Ramadan, kita perlu memilih pilihan makanan yang berzat.” Dapatkan lebih tip dan panduan pemakanan sepanjang Ramadan daripada Dr. Mahathir Mohamed, Pemilik Klinik Timeless, Kelana Jaya

3.  Tetamu Anis Fatimah Syarha & Dr. Farhan Hadi 

Menariknya tentang diri wanita matang berusia 28 tahun ini, beliau dan suami merupakan pasangan yang memilih percintaan selepas berumah tangga agar dapat menjauhi perkara-perkara terlarang. Malah beliau juga turut mengakui sehingga ke hari ini mereka masih lagi mengecapi kemanisan percintaan yang dibina setelah sah menjadi suami isteri. Ikuti perkongsian ‘cinta high class’ Fatimah Syarha, Novelis Islamik terkenal dan suami, Dr. Farhan Hadi dalam ruangan Tetamu Anis pada muka surat 33

4.  Resipi Kehidupan : Nur Jannah Gigih Kembangkan Kedai SUFI  ms: 40

Pemergian arwah Ustaz Asri Rabbani menuntut isterinya mengharungi hidup sebagai ibu tunggal dalam membesarkan enam orang cahaya matanya. Ikuti kecekalannya mengharungi kehidupan bersama anak-anak di samping menguruskan perniagaan untuk menampung kehidupan pada muka surat 40.

5.  Aroma Anis : Sajian Istimewa Untuk Hari Lebaran : Sajian Istimewa Untuk Hari Lebaran

Sempena lebaran yang bakal tiba, Aroma Anis menghidangkan sajian istimewa daripada Chef Adu Amran, juri rancangan Selebriti MasterChef yang terkenal dengan masakan fusionnya. Sajian ini enak dihidang ketika menerima kunjungan tetamu dan sanak-saudara. Dapatkan resipi-resipi istimewa ini pada muka surat 98

6.  Adam Vs Hawa -“Isteriku Tidak Pandai Baca Peta”

Biasa terjadi keadaan di mana apabila suami isteri ingin ke sesuatu destinasi, dan si isteri diberi amanah oleh si suami untuk menunjukkan arah berdasarkan peta yang diberi, biasanya tempat yang dituju tersasar atau tersesat ke tempat lain. Wahai suami-suami sedarlah, jangan memarahi isteri anda kerana itulah fitrah kejadian wanita oleh Allah SWT. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan panduan buat suami dan isteri, ikuti ruangan Adam VS Hawa oleh Pak Utih.

7.  Jom Sihat - 3M Untuk Aidilfitri

Setelah sebulan sistem pencernaan dilatih dengan begitu baik, tiba-tiba dikejutkan dengan perubahan diet yang ketara. Jadi, untuk mengelakkan masalah ini berlaku, pembaca perlu mengawal nafsu makan dengan akal yang sihat. Bagaimana untuk mengawal nafsu di saat pelbagai juadah lazat berada di depan mata? Marilah sama-sama kita mengamalkan 3M. Untuk mengetahui apakah itu 3M, dapatkannya di ruangan Jom Sihat oleh Nur Hidayah Mokhtar, Perunding Diet.

8.  Diet Rohani - Diampunkan Allah Ketika Tidur?

Bagaimana keadaan ini berlaku? Itu berlaku kerana kita didoakan saudara seiman yang lain tanpa pengetahuan kita. Bersyukurlah andai kita ada kawan yang sentiasa terbuka hati mendoakan kerahmatan dan pengampunan dosa untuk kita. Lebih istimewa, kawan yang mendoakan turut didoakan malaikat dengan doa yang sama. Ketahui dengan lebih lanjut mengenainya oleh Ustaz Amaluddin dalam ruangan Diet Rohani.


No comments:

Post a Comment