Feb 6, 2013

Bil 179 Jul/2012




KANDUNGAN MENARIK ANIS JULAI 2012:

1.  Fokus Utama

Allah SWT meletakkan banyak ilmu dalam satu-satu ibadah. Di dalam ibadah puasa itu sendiri terangkum ilmu tauhid, tasawuf, akhlak dan syariat. Puasa membuatkan kita mentauhidkan Allah SWT, mendidik akhlak supaya lebih bersabar, menepati rukun dan kaedah yang betul dengan amalan puasa. Kita hanya akan memperolehnya dengan mengetahui ilmu yang berkaitan puasa. Barulah amalan yang dilaksanakan dirasai kesannya pada hati dan tindakan lahiriah. Bagi yang belum mengetahuinya, mereka masih berkesempatan untuk mendalaminya.

2.  Tetamu Anis - 30 Minit Ustaz Don – Nafas Baru Era Dakwa

“Fenomena ini sangat mengubah hidup saya. Saya perlu lebih menjaga diri saya sendiri di samping sentiasa menjadikan diri saya lebih baik. Saya tidak mahu orang memuja saya kerana saya juga manusia biasa. Nabi Muhammad SAW yang memang patut dipuja.” – Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

3.  Sihat Anggun 

Ramadan dan tamar memang tidak dapat dipisahkan. Nabi SAW menyuruh kita berbuka puasa dengan tamar, tentu ada sebabnya. Biarpun Baginda tidak menghuraikan kebaikan tamar secara saintifik, pengetahuan Baginda mendahului zaman. Dan kini banyak kajian saintifik mutakhir menyokongnya. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kelebihan tamar, ikuti ruangan Sihat Anggun di muka surat 12.

4.  Transformasi Diri - Episod Baharu Iwan Syahman

“Apabila saya keluar, saya rasa seronok tetapi bila di rumah saya berasa kosong. Ketakutan demi ketakutan mulai melanda hidup saya. Saya memerlukan ‘sesuatu’ untuk hidup dan alhamdulillah, saya dapat apa yang dicari. Allah SWT telah memberi jalan-jalan hidayah kepada saya.” Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kehidupan artis ini, dapatkan ceritanya di ruangan Transformasi Diri muka surat 50.

5.   Imej Muslimah - 5 Tip Bergaya Di Hari Raya

Agama sangat menggalakkan setiap Muslim berhias diri pada Aidilfitri. Namun, seorang wanita tidak seharusnya mengambil mudah perkara menghias diri. Janganlah terlalu ala kadar seumpama rutin hari biasa ataupun berlebihan yang menyebabkan diri terjebak ‘dosa salah-gaya’ mendandan diri yang dimurkai Allah. Dapatkan tip-tip bergaya di hari raya di samping memelihara imej wanita Muslimah oleh Puan Suraya Daud, Perunding Imej dari SD Image.

6.  Adam VS Hawa - Lelaki Buta Warna, Mata Perempuan ‘HD’

Semua perempuan berminat dan puas kepada warna-warni kerana mata mereka terbina dengan sel yang boleh menerima warna-warna dalam tahap setinggi ‘High Definition (HD)’. Mereka boleh mengaitkan setiap warna dengan emosi dan perasaan. Manakala bagi orang lelaki, soal warna bukan menjadi keutamaannya. Oleh itu, ketahuinya dengan lebih lanjut dalam ruangan Adam VS Hawa oleh Pak Utih.

7.  Tanya Doktor - Selamatkah Suntikan Vaksin Kepada Wanita Hamil

Setiap jemaah yang ingin melakukan ibadah haji atau umrah diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal Meningitis. Keperluan ini bukanlah semata-mata kerana ia syarat utama oleh kerajaan Arab Saudi, namun yang lebih penting wanita yang hamil mudah dijangkiti kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil kerana daya tahan mereka lebih rendah ketika hamil. Untuk mengetahui adakah suntikan vaksin selamat kepada wanita hamil, dapatkan huraiannya oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad dalam ruangan Tanya Doktor di muka surat 90.

No comments:

Post a Comment