Feb 6, 2013

Bil 174 Feb/2012


KANDUNGAN MENARIK ANIS FEBRUARI 2012:

1. Fokus Utama

Kalaulah kita sangat terhutang budi kepada orang yang menyelamatkan kita daripada bencana dunia, betapa kita harus lebih terhutang budi kepada insan yang menunjukkan kita jalan ke akhirat dan menyelamatkan kita daripada neraka Allah. Itulah Rasulullah SAW, insan yang telah berjuang berhabis-habisan serta mengorbankan diri dan hartanya, semata-mata untuk menyelamatkan kita daripada jurang kebinasaan sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi.

2. Tetamu Anis- Perjalanan Jauh Memburu ‘Solehah’

Program realiti mencari pendakwah wanita, Solehah di TV AlHijrah penghujung tahun lalu mempertemukan tiga orang gadis solehah ini. Walaupun berlainan latar belakang, misi mereka tetap sama, iaitu mengejar ‘solehah’. Ketahui kisah hidup dan pengalaman mereka sepanjang program Solehah dalam ruangan Tetamu Anis di muka surat 33. 

3. Interviu Fokus 

“Sang Khalik (Pencipta) dengan sang makhluk tidak boleh disamakan. Jarak perbezaannya lebih daripada langit dan bumi. Bagaimana kita boleh mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya sedangkan sebagaimana yang kita ketahui jarak antara kedua-duanya terlampau jauh? Jadi, di sinilah hikmahnya Allah mengutuskan para nabi dan rasul untuk menjadi penghubung antara Pencipta dengan yang dicipta.” - Tuan guru dan pendakwah terkenal dari Indonesia, Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari.

4. Transformasi Diri - Berkat Nasi 60 Sen Sepinggan

Berbekalkan wang perbelanjaan sebanyak RM150 sebulan hasil daripada sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaunnya, anak muda ini hanya mampu menjamah nasi putih berlaukkan sambal ikan bilis untuk mengalas perut demi perjuangannya mencari jalan ke syurga. Ikuti pahit maung perjalanan Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah memeluk agama suci ini.

5. Imej Muslimah - Tip Solekan ‘Lebih Muda’ & Tepat Syariat

Muslimat perlu peka bahawa, dirinya adalah MARUAH kepada suaminya. Oleh itu, cara dirinya bersolek mestilah tidak kelihatan ‘terlalu melawa’ sehingga mengundang fitnah.  Elakkan juga ‘terlalu cincai’ yang menyebabkan ‘rumah tangga nampak tak bahagia’ kerana tampil terlalu selekeh, kusam, ‘muka berminyak’ dan ‘kelihatan seperti tidak sihat’. Sebaik mungkin, isteri perlu belajar menatarias diri dengan betul (ikut syariat) sebagai tanda syukur menjadi isteri kepada seorang hamba Allah yang soleh (iaitu suaminya). Dapatkan tip solekan tepat syariat melalui ruangan Imej Muslimah di muka surat 70.

6. Tip RM - Kenaikan Gaji Bagaimana Memaksimumkannya?

Awal tahun amat sinonim dengan kenaikan gaji. Jika kenaikan ini tidak dirancang dengan sebaiknya, pasti ia tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada penerima. Oleh itu, ketahuilah bagaimana untuk memaksimumkan kenaikan gaji ini dalam ruangan Tip RM daripada Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir, Pakar Perunding Kewangan Islam.

7. Adam vs Hawa - Kenapa Suami Tidak Romantik?

Pada kebiasaannya, pada tahap-tahap tertentu dalam perkahwinan akan kedengaran komen-komen daripada pasangan masing-masing yang tidak berpuas hati sesama mereka. Mengapa ini terjadi? Mengapa seawal hari-hari mereka menjadi raja sehari atau semasa bercinta sebelum kahwin semuanya indah dan romantik? Dapatkan tip untuk  mengembalikan suasana romantik dalam rumah tangga dalam ruangan Adam Vs Hawa.





No comments:

Post a Comment